Ekonomi Australia Menguncup Buat Kali Pertama Sejak 2011!

54

Ekonomi Australia menguncup (contracted) buat kali pertama sejak 2011 pada suku ketiga 2016 berikutan penyusutan dalam perdagangan antarabangsa dan ‘pembentukan modal swasta’ (pelaburan).

GDP atau Keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh sebanyak 0.5% pada suku ketiga berbanding tahun lepas ekonomi berkembang sebanyak 1.8%. Penganalisis menjangkakan data pada hari ini berada di sekitar 0.3%.

Dalam laporan data GDP pagi tadi, perbelanjaan isirumah meningkat sebanyak 0.4% dalam tempoh sama.

Penganalisis menjangkakan kejatuhan mendadak ini hanyalah sementara kerana pasaran buruh akan mendapat momentum semula dan peningkatan perbelanjaan kerajaan yang akan merancakkan semula ekonomi. Penganalisis juga berpendapat bahawa peningkatan ekonomi pada suku kedua adalah disebabkan oleh perbelanjaan sektor awam.

Perdagangan terus mengurangkan pertumbuhan ekonomi Australia dalam beberapa suku tahunan yang lalu. Walaupun akaun semasa defisit semakin berkurangan yang mencatatkan penyusutan 29%, jumlah import terus mendominasi eksport dan menyebabkan penurunan 0.2% dalam pertumbuhan suku ketiga ini.

Harga yang komoditi meningkat sejak kahir-akhir ini masih jauh di bawah paras harga beberapa tahun lepas. Kelemahan dalam sektor ini telah diseimbangkan oleh kadar tukaran yang lebih kompetitif.

Aussie dolar jatuh mendadak sejurus data ini dikeluarkan. Aud/Usd susut sebanyak 0.5% ke paras 0.7425. Ketika ini pasangan matawang ini berada di paras 0.7434.

Semalam Rizab bank Australia (RBA) mengekalkan kadar di paras 1.5% dalam mesyuarat terakhir tahun ini. Bank pusat melihat sedikit perubahan yang berlaku sejak bulan lepas. Kali terakhir RBA mengubah kadar ialah pada 2 Ogos lepas dimana RBA memotong 25 mata asas cash rates kepada 1.50%.

RBA mengatakan, ekonomi di Australia meneruskan transisinya berikutan pelaburan yang besar dan mendadak dalam sektor galian. Ada sektor yang perlahan jika dilihat pada kadar pertumbuhan, tetapi pasti ia akan meningkat semula.

Ekonomi secara keseluruhannya terus berkembang pada kadar yang sederhana, melonjakkan keyakinan bahawa inflasi juga akan turut meningkat di masa hadapan. Ahli-ahli RBA menunjukkan mereka berpuas hati dengan prospek terkini ekonomi Australia dengan pertumbuhan ekonomi dijangka akan dapat mencapai tahap maksimum di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat