Ekonomi China Kekal ‘Tenggelam’ Pada Bulan Mei

174

Ekonomi China terus merosot pada bulan Mei berikutan sekatan yang terus membebankan aktiviti apabila ancaman Omicron dan penutupan yang diperluaskan melemahkan sentimen.

Berdasarkan indeks agregat 8 petunjuk ekonomi oleh Bloomberg, keseluruhan indikator kekal di bawah paras pengembangan untuk bulan kedua berturut-turut.

Berikut merupakan indikator-indikator yang digunakan:
1. Saham onshore utama
2. Jumlah keluasan jualan rumah di empat bandar (Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen)
3. Inventori keluli rebar
4. Harga tembaga
5. Eksport Korea Selatan
6. Inflasi kilang – Harga pengeluar China (perubahan tahun ke tahun)
7. Keyakinan perniagaan kecil dan sederhana
8. Jualan kereta

Merujuk kepada petunjuk yang digunakan di atas, tinjauan Standard Chartered Plc menunjukkan keyakinan perniagaan jatuh ke tahap kedua terendah sejak siri data bermula. Kelemahan ini mencerminkan kesan berlarutan sekatan walaupun terdapat kemajuan baru-baru ini ke arah pembukaan semula.

Dalam pada itu, China turut berdepan dengan sektor perdagangan yang lemah. Walaupun eksport Korea Selatan (petunjuk utama untuk perdagangan global) meningkat pada 20 hari pertama Mei, tetapi ia hanya mencatatkan keuntungan terkecil sejak akhir 2020.

Selain itu, kemerosotan dalam aktiviti ekonomi juga dapat dilihat dari penurunan jualan rumah dan kereta yang berterusan walaupun bank pusat telah mengurangkan kadar pinjaman untuk rumah, manakala kerajaan melonggarkan peraturan dan memotong cukai untuk pembelian.

Ekonomi di kawasan yang terjejas akibat langkah sekatan Covid-19 telah jatuh kepada 20.5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), turun daripada 35.1% pada bulan lepas.

Ia mungkin mengambil masa lebih lama untuk memulihkan aktiviti ekonomi sepenuhnya daripada terhenti secara tiba-tiba yang disebabkan oleh sekatan dan ketidakpastian daripada dasar sifar Covid China yang mendorong pelaburan dan perbelanjaan pengguna berkurang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat