Ekonomi Jepun Berkembang 0.5% Pada Suku Pertama

60

Ekonomi Jepun berkembang dengan baik pada suku pertama 2017 dan menjadi rekod pertumbuhan tertinggi sejak lebih dari 10 tahun lepas.

Pertumbuhan ekonomi (GDP) berkembang sebanyak 0.5% pada suku pertama dan 2.2% secara tahunan. Sebelum ini Jepun merekod pertumbuhan 0.3% pada suku keempat 2016 dan jangkaan kali ini ialah 0.4%.

Ekonomi Jepun kini berkembang dalam lima suku berturut-turut yang terpanjang sejak 2006. Pengeksport di Jepun mendapat banyak manfaat daripada permintaan dunia walaupun petunjuk domestik seperti penggunaan isirumah terus jatuh.

Matawang Yen yang kompetitif dan persekitaran ekonomi global yang semakin baik telah banyak merangsang sektor pembuatan domestik. Walaupun Yen telah menguat sejak akhir-akhir ini, ia masih lagi kompetitif jika dibandingkan dengan sejarah sebelum ini.

Walaubagaimanapun, inflasi masih sukar untuk naik dari paras terendah. Selepas empat tahun rangsangan ekonomi dijalankan, ekonomi hanya meningkat 2.2% dari segi pendapatan benar.

Di bawah pentadbiran Shinzo Abe, kerajaan menjalankan rangsangan ekonomi yang besar dengan menggunakan semua alat dalam ekonomi termasuk rangsangan fiskal, pelonggaran monetari dan juga perubahan struktur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat