Ekonomi Jepun Berkembang Pantas Pada Suku Ketiga

86

Pagi tadi kira-kira pukul 7.50 pagi waktu Malaysia, Jepun mengeluarkan data KDNK suku ketiga (GDP 3rd quarter). Data menunjukkan pertumbuhan yang lebih pantas walaupun tren dalam petunjuk-petunjuk ekonomi yang lain masih lemah. Data positif ini disumbangkan oleh pakej rangsangan kerajaan dan polisi akomodatif (monetary) yang tinggi.

Bacaan tahunan keluaran dalam negara kasar, KDNK (GDP) berkembang sebanyak 2.2% pada suku ketiga berbanding 0.7% pertumbuhan dalam tempoh April-Jun.

Pertumbuhan KDNK Jepun pada suku ketiga mencatatkan 0.5% berbanding suku kedua 0.2% dan pertama sebanyak 0.5%.

Pun begitu, Yen dilihat melemah berbanding matawang utama yang lain disebabkan ucapan Gabenor Kuroda sejam selepas data ini dikeluarkan.

Ekonomi Jepun mengalami pertumbuhan yang lemah selama bertahun-tahun dengan sektor eksport dan pembinaan baru-baru ini memberi kesan kepada pengeluaran. Selain itu, keadaan yang berlaku di Jepun ini juga berikutan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan dan juga peningkatan nilai Yen yang memberi kesan kepada eksport dan pelaburan.

Pada mesyuarat baru-baru ini Bank Pusat Jepun mengekalkan polisi monetarinya (polisi kewangan) dan juga menganjakkan tempoh untuk mencapai sasaran inflasi. Kadar faedah ditetapkan pada -0.10%. BoJ juga mengekalkan pembelian bon 10 tahun kerajaan Jepun (10-yr JGB) bagi mengekalkan hasil bon (bond yield) pada 0.00%. Bank Pusat juga akan mengekalkan pembelian bon kerajaan pada jumlah 80 trilion yen (764 bilion USD) setahun.

Pun begitu, deflasi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Consumer price index (indeks harga pengguna) jatuh 0.5% pada September. Hal inilah yang menyebabkan bank pusat mengurangkan jangkaan ekonomi pada mesyuarat baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat