Ekonomi Jepun Rupanya Lebih Kritikal Daripada Dijangkakan

626

Satu tugas yang berat bakal dipikul pengganti Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri Jepun, setelah ekonomi negara itu merekodkan penguncupan lebih mendalam berbanding anggaran awal pada suku April hingga Jun.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun tanpa dijangka, jatuh lebih rendah dengan penguncupan 28.1% daripada unjuran awal dengan penurunan 27.8%, menurut data yang disemak semula oleh Pejabat Kabinet pada Selasa.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan ini adalah penurunan perbelanjaan modal sebanuak 4.7%, jauh lebih tinggi daripada yang diunjurkan sebanyak 1.5%.

Kelemahan yang ditunjukkan ini akan meletakkan perdana menteri baru yang akan dipilih pada 14 September, di bawah tekanan untuk mengambil langkah-langkah sokongan ekonomi yang lebih besar.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga, antara calon utama yang disebut-sebut bakal dipilih menjadi perdana menteri seterusnya, telah menunjukkan kesediaannya untuk meningkatkan perbelanjaan sekiranya beliau terpilih untuk memimpin negara itu.

Sementara itu, agensi berita Sputnik melaporkan bahawa hampir 500 perniagaan di Jepun muflis akibat terkesan oleh pandemik coronavirus yang berterusan. Kira-kira 489 syarikat dilaporkan telah mengemukakan permohonan muflis, terutamanya perniagaan berkaitan industri makanan, penginapan dan makanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat