Ekonomi Malaysia Boleh Tumbuh ‘Cucuk Langit’ Dengan GDP 8.9%

412

‘Kalau menurut data memang dijangka negara mampu capai ramalan namun ada peluang terciduk kalau tidak berhati-hati.’

Malaysia diunjurkan mencapai pertumbuhan ekonomi antara 5.3% ke 6.3% tahun ini, memandangkan keluaran dalam negara kasar (GDP) negara merupakan antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Nada optimistik tersebut dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menggariskan momentum pemulihan pasca Covid-19 bakal menjadi pendorong utama yang berterusan buat Malaysia.

Ulas beliau bahawa ‘kematangan keluarga Malaysia’ dan ‘keberkesanan jentera pentadbiran kerajaan’ dalam menggunakan pendekatan kolaboratif telah memacu pemulihan ekonomi dengan cepat serta berkesan.

Umumnya, data GDP Malaysia bagi suku ke-2 2022 mencatat pertumbuhan memberangsangkan pada 8.9% yang juga merupakan antara tertinggi di rantau Asia Tenggara.

Selain itu, perdagangan borong dan runcit Malaysia turut merekodkan peningkatan kukuh pada asas tahunan sebanyak 44% kepada RM132.8 bilion semasa bulan Jun.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, hasil tersebut berjaya dicapai melalui pembukaan semula sektor ekonomi dan sempadan antarabangsa .

Tambahnya, bagi tempoh separuh pertama 2022 sahaja, pelaburan langsung asing mencatat aliran masuk bersih RM14.7 bilion berbanding RM23.3 bilion dalam tempoh sama sebelum wabak Covid-19 tercetus semasa 2019.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat