Ekonomi Malaysia Diramal ‘Tembus Langit’ Pada Suku Ketiga

765

Rentetan daripada pertumbuhan yang memberangsangkan pada suku kedua, Malaysia dijangka akan berkembang lebih kukuh pada suku ketiga tahun ini.

Meneliti tinjauan dijalankan Reuters, 22 ahli ekonomi ‘percaya’ Malaysia akan mencatat pertumbuhan 11.7% pada suku ketiga (Julai-September) setelah merekodkan 8.9% pada suku sebelumnya.

Penganalisis Capital Economics berpandangan bahawa asas statistik yang rendah dari suku ketiga 2021, akan mendorong ke arah bacaan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang lebih tinggi pada suku ketiga 2022.

Umumnya, pembukaan semula daripada penutupan Covid-19 sepatutnya membantu meredakan isu kekurangan pekerja dalam sektor tertentu dan juga menyokong pemulihan berterusan sektor pelancongan.

Namun, disebabkan dasar monetari yang lebih ketat, pasaran buruh yang perlahan serta pertumbuhan gaji dan permintaan luar yang lemah, ia mungkin akan membantutkan rangsangan tersebut untuk memacu ekonomi Malaysia berkembang lebih kuat.

Terdahulu, kerajaan Malaysia meningkatkan ramalan pertumbuhan tahun ini kepada 6.5% hingga 7% daripada 5.3% hingga 6.3%, tetapi mengunjurkan pengembangan lebih perlahan pada 2023 kepada 4.0% hingga 5.0%.

Sementara itu dalam tinjauan berasingan oleh Reuters, purata pertumbuhan Malaysia pada tahun ini diramalkan berkembang sebanyak 7.2% dan jatuh kepada 4.2% pada 2023.

Sebagai makluman, data KDNK Malaysia untuk suku ketiga akan disiarkan pada hari Jumaat (11 November).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat