Ekonomi Malaysia Kukuh? Inilah Petanda OPR Perlu Dinaikkan

228

‘Sama seperti apa yang Bob Bursa selalu katakan: andai data ekonomi positif, maka kadar faedah boleh naik dan sebaliknya.’

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang baik dijangka menjadi pemangkin utama untuk pengetatan dasar terus dipertingkatkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Asas tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam satu temu bual berkenaan prospek pengetatan dasar tahun depan menjelang terbitan data keluaran dalam negara kasar (GDP) pada 11 November.

Ulas beliau bahawa Federal Reserve (Fed) telah melaksanakan kenaikan 75 mata asas sementara BNM hanya 25 mata asas dan perbezaan tersebut boleh memberi kesan kepada nilai mata wang andai berkekalan.

Lantaran itu, data GDP suku ke-3 negara yang djangka kukuh minggu ini boleh memberi ruang untuk pengetatan dasar diteruskan pada mesyuarat tahun depan.

Ia sekaligus selari dengan aspirasi BNM untuk mengembalikan kadar kepada penanda aras semasa pra-pandemik iaitu pada 3%.

Sebagai pengetahuan, BNM telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas 4 kali berturut-turut untuk membawa kadar keseluruhan pada 2.75%.

Dalam pada itu, pada asas tahun ke tahun GDP negara dijangka meningkat ke 12.1% pada suku-3 dengan unjuran pertumbuhan tahunan pada 5.3% ke 6.3%.

Berpegang dengan unjuran tersebut, Tengku Zafrul tidak menolak kemungkinan BNM akan menaikkan lagi kadar apabila GDP negara berkembang dengan baik kerana ia menandakan ekonomi mampu menyerap tekanan.

Pada sisi berbeza, bank pusat seluruh dunia terus berada di bawah tekanan inflasi sambil berusaha menyokong pertumbuhan.

Berdasarkan satu tinjauan yang dibuat hampir 80% respondan menyatakan keperluan kerajaan untuk menyokong ekonomi dan membendung kos sara hidup yang tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat