Ekonomi Negara Argentina Berada Dalam Keadaan Bahaya!

367

Hari ini merupakan hari ketiga pasaran saham mengalami kejatuhan yang berturut-turut berikutan kekhuatiran terhadap perang dagang, bantahan di Hong Kong dan kegawatan matawang peso Argentina yang menyebabkan para pelabur beralih kepada pelaburan yang lebih selamat sepeti bon,emas dan matawang safe haven.

Sebelum ini Presiden Argentina Mauricio Macri telah bersumpah bahawa beliau akan memenangi pilihan raya pada kali ini. Walauabagaimanapun, hasil pemilihan menunjukkan sebaliknya. Pihak lawan beliau iaitu Alberto Fernandez dan pasangannya yang juga bekas Presiden, Cristina Fernandez de Kirchner telah berjaya memenangi dengan perbezaan 15.5% lebih tinggi berbanding Macri.

Keputusan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada para pelabur mengenai hala tuju ekonomi negara itu. Kembimbangan paling ketara ialah adalah mengenai pihak lawan Presiden Mauricio Macri yang bertegas ingin berunding semula mengenai hutang serta perjanjian negara itu dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Hal ini tergambar dalam pergerakan pasaran apabila matawang peso susut sebanyak 15% berbanding US dolar dan pasaran saham Argentina jatuh melebihi 30%. Menurut penganalisis, Edwin Gutierrez., ‘Pasaran mula mengambil kira kemungkinan kegagalan membayar pinjaman.’ Tukaran mungkir kredit menunjukkan peniaga mengambil kira 75 peratus peluang Argentina akan menggantung pembayaran hutangnya dalam lima tahun akan datang.

Dalam situasi seperti ini, para pelabur mula mengalihkan pelaburan mereka kepada safe have, bon dan emas sehingga sentimen tersebut reda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat