Ekonomi Semakin Lemah – Bank Pusat England (BoE) Sedia ‘Pump’ Lebih Banyak Rangsangan!

356

Prospek ekonomi UK dilihat semakin malap dan hal ini akan mendorong Bank of England (BoE) untuk meningkatkan program rangsangan pembelian bon pada minggu hadapan untuk kali ketiga sejak penularan pandemik Covid-19.

Bank pusat dijangka akan meningkatkan jumlah program pembelian aset sebanyak 100 bilion pound sekali lagi pada 5 November berdasarkan tinjauan ekonomi dari Reuters.

Jika hal ini terlaksana maka jumlah program pembelian aset akan mencecah $ 1.10 trilion iaitu hampir dua kali lipat dari tahap sebelum pandemik, menjadikan BoE terpaksa melaksanakan langkah yang agresif.

Namun sebahagian penganlisis berpandangan bahawa Gabenor Andrew Bailey dan para penggubal dasar tidak mungkin mengambil langkah besar seperti mengurangkan kadar faedah di bawah sifar.

Dalam laporan berbeza, analisis Moody mendapati bahawa negara UK masih menghadapi penguncupan ekonomi paling besar dalam G20 . Hal ini menunjukkan bahawa impak Covid-19 telah memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi UK.

Selain itu, terdapat pandangan menyatakan bahawa walaupun rundingan perdagangan dengan Kesatuan Eropah dilakukan tepat pada masanya namun risiko halangan baru masih kekal.

Disisi positif, pada bulan Ogos, BoE melaporkan output ekonomi Britain berkemungkinan akan mencatatkan kembali bacaan GDP pra-pandemik pada separuh kedua tahun 2021.

Matawang pound sterling terus mencatat pengukuhan sebanyak 0.36% kepada 1.3070.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat