Ekonomi UK Akhiri Tahun 2020 Dengan Lebih Kuat

188

Ekonomi UK menunjukkan pertumbuhan lebih cepat daripada yang dijangkakan dalam tiga bulan terakhir 2020, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.

Data yang dikemas kini oleh Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan bacaan akhir data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK meningkat 1.3% pada suku keempat tahun lalu, pemulihan lebih tinggi daripada 1% yang pertama kali dianggarkan sebelum ini.

Walaupun mencatatkan pertumbuhan pada dua suku berturut-turut, tetapi tahap KDNK di UK kini 7.3% di bawah tahap suku keempat 2019 dari 7.8% yang disemak semula dari anggaran sebelumnya.

Pada tahun 2020 secara keseluruhan, KDNK susut sebanyak 9.8% iaitu lebih baik daripada anggaran awal penurunan 9.9%, tetapi masih merupakan tahun terburuk yang pernah dicatatkan ekonomi UK.

Matawang pound sedikit meningkat susulan penerbitan data yang memberangsangkan ini dengan didagangkan di sekitar harga 1.37500, selain turut disokong oleh penyusutan dolar greenback pada awal sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat