Ekonomi UK Berada Dalam Keadaan Bahaya- KDNK Suku Kedua Bakal Catat Penguncupan 2 Angka!

393

Ekonomi UK dijangka berkemungkinan akan menguncup sebanyak 25% pada suku kedua berdasarkan analisis yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi dan Sosial Negara.

Institut penyelidikan ekonomi tertua di Britain menyatakan bahawa kelembapan ekonomi yang berlaku ketika ini adalah merupakan satu peristiwa yang hanya berlaku dalam satu abad dan pada ketika ini dapat disaksikan bahawa penurunan pertumbuhan adalah sebanyak 5% pada suku tahun pertama bagi tahun 2020. Namun jika langkah lockdown oleh kerajaan terus berterusan, maka ekonomi terdapat kemungkinan untuk menguncup antara 15% hingga 25% pada suku kedua.

Pakar ekonomi institut tersebut, Kemar Whyter berpendapat bahawa setakat ini hampir pasti bahawa ekonomi UK sekarang hampir pasti akan mengalami penguncupan besar pada suku kedua tahun ini. Kesan penularan Covid-19 dan perintah berkurung secara di peringkat global telah memberi impak besar terhadap ekonomi dan secara tidak langsung akan mempengaruhi KDNK negara.

Sehingga hari ini, UK telah mencatat sebanyak 60,733 kes sejak pandemik itu mula dikesan pada Februari 2020 dan seramai 7,097 telah menemui kematian akibat pandemik ini. Perdana Menteri UK, Boris Johnson juga telah disahkan positif Covid-19 dan disebabkan itu 2 hari lepas beliau telah dimasukkan ke ICU. Walaubagaimanapun, dilaporkan pada hari ini, Boris Johnson telah dilaporkan stabil dan boleh bernafa seperti biasa.

Matawang UK kini didagangkan kukuh berbanding US dolar sebanyak 0.65% pada paras 1.2466 setakat jam 10.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat