Ekonomi UK berkembang 0.4% pada suku pertama. Ini apa yang anda perlu tahu tentang GDP

59

Seperti yang telah dijangka, perkembangan ekonomi UK pada 3 bulan pertama 2016 masih mengekalkan pada tahap yang sama selepas data yang dikeluarkan pada hari ini, jam 4.30 petang waktu Malaysia sebentar tadi.

Jabatan Statistik Kebangsaan UK berkata, keluaran dalam negara kasar (GDP) berkembang sebanyak 0.4% pada suku pertama, tidak berubah banyak daripada data suku keempat 2015 iaitu sebanyak 0.6%.

Di dalam Bahasa Melayu disebut KDNK

Di dalam Bahasa Inggeris disebut GDP, growth domestic product.

Data Final GDP bagi UK biasanya dikeluarkan untuk suku sebelumnya.

Contoh : Final GDP data yang keluar hari ini, menunjukkan Final GDP bagi suku pertama Tahun 2016, iaitu dari Bulan Jan hingga Mac, dan ia dikeluarkan pada hujung bulan Jun.

Begitulah seterusnya.

Data Final GDP terdapat tiga peringkat.

1. Preliminary GDP
2. Second Estimate GDP
3. Final GDP

Data yang paling memberikan impak adalah Preliminary GDP, jadi jangan lupa untuk alert dengan data ini apabila anda cek Forex Factory nanti.

Kembali kepada ulasan data yang keluar pada hari ini, ekonomi UK dilihat berkembang 2.0%. Tidak berapa berubah dari suku keempat tahun 2015 dimana dilihat perkembangan ekonomi UK pada kadar 2.1%.

Sementara data pelaburan perniagaan jatuh ke 0.6% dari ramalan 0.4%.

Untuk mudah faham, tentang GDP, boleh lihat gambar di bawah :

tentang-gdp

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat