Ekonomi UK Berkembang Positif Pada Suku Ketiga

36

Sebentar tadi, laporan pertumbuhan ekonomi UK yang dikeluarkan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.6% berbanding pertumbuhan sebanyak 0.5% pada suku sebelum.

Bacaan pertumbuhan suku ketiga ini telah dikaji semula disebabkan anggaran yang lebih tinggi dalam aktiviti perkhidmatan perniagaan dan industri kewangan.

Komponen data yang menyumbang kepada pertumbuhan ini menunjukkan peningkatan dalam sektor perkhidmatan. Satu-satunya sektor yang meningkat dengan kenaikan 1.0% dari 0.8%.

Data pada hari ini mengekalkan jangkaan kepada pengukuhan ekonomi UK dalam jangka pendek, dengan peningkatan dalam perbelanjaan isirumah.

Walaupun begitu, masih ada kebimbangan kejatuhan dalam pertumbuhan ekonomi pada 2017 yang mungkin berpunca dari perbelanjaan pengguna yang semakin perlahan. Tetapi ekonomi akan terus bergantung kepada sektor pembuatan untuk memberikan kenaikan signifikan kepada ekonomi UK.

Matawang Pound memulih sedikit sejurus data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd naik ke paras 1.2275. Walaubagaimanapun, Gbp/Usd ketika ini berada di paras 1.2260.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat