Ekonomi UK Dalam Bahaya? IMF Umum Pengurangan Ramalan Pertumbuhan Ekonomi!

323

Pada hari Selasa, Institusi Monetari Antarabangsa (IMF) menurunkan ramalan pertumbuhan bagi Britain bagi tahun 2025 selepas anggaran yang ditingkatkan terhadap saiz ekonomi dalam tahun-tahun sebelumnya menyebabkan potensi pemulihan berkurangan daripada yang  dijangkakan sebelum ini.

Prospek ekonomi Britain dan rekod Parti Konservatif sejak 2010 sering menjadi topik perdebatan politik dengan pilihan raya kebangsaan dijangka berlangsung pada separuh kedua tahun ini.

Secara keseluruhan, ramalan IMF  sebahagian daripada kemas kini global yang lebih luas menunjukkan pertumbuhan GDP Britain meningkat daripada 0.5% pada 2023 kepada 0.6% pada 2024 dan 1.6% pada 2025. Dalam masa yang sama ditengah penurunan harga tenaga mendorong penurunan inflasi, meningkatkan pendapatan boleh guna dan membolehkan Bank of England mengurangkan kadar pada separuh kedua 2024.

Anggaran terkini IMF untuk 2025 adalah 0.4 mata peratus di bawah anggaran terdahulu yang dibuat pada bulan Oktober, mencerminkan “ruang yang berkurang untuk pertumbuhan mengejar selepas anggaran statistik yang lebih tinggi terhadap tahap output sepanjang tempoh pandemik.”

Pertumbuhan pada tahun 2023 dan 2024 tetap lemah berdasarkan data sejarah dan dalam masa yang sama hanya Jerman terjejas oleh lonjakan harga gas Eropah selepas Rusia menyerang Ukraine pada 2022, dijangka akan berprestasi lebih buruk. Pada tahun 2025, pertumbuhan Britain dijangka sedikit di bawah purata kedua-dua zon Eropah dan dalam kalangan ekonomi maju.

Menteri Kewangan Jeremy Hunt menyambut baik ramalan IMF terkini yang menunjukkan pertumbuhan akan meningkat, yang sebahagian disebabkan oleh pengurangan cukai perniagaan dan pekerjaannya yang baru-baru ini dilakukannya. “Masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada pengurangan cukai yang lebih lanjut akan mampu menjana ekonomi atau tidak … tetapi kami  percaya bahawa pengurangan cukai dapat membuat perbezaan besar dalam merangsang pertumbuhan,” katanya.

Parti Pembangkang disisi lain telah menekankan penurunan taraf hidup disebabkan oleh inflasi yang tinggi baru-baru ini serta pertumbuhan upah yang lemah sebelum pandemik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat