Ekonomi UK Dijangka Paling Lemah Dalam G7 – IMF

181

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi UK dijangka paling lemah di kalangan ekonomi utama G7 pada tahun 2023.

Pertumbuhan UK diramalkan menurun kepada hanya 0.5% pada tahun depan, iaitu jauh lebih rendah daripada unjuran yang dibuat sebelum ini untuk berkembang 1.2%.

Ia turut mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk tahun ini kepada 3.2% dan memberi amaran risiko kelembapan lebih teruk akan berlaku.

Seperti sedia maklum, krisis tenaga telah meningkatkan tekanan harga dan menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi di Eropah. Langkah Bank of England (BOE) untuk meredakan inflasi turut memburukkan lagi prospek terhadap pertumbuhan.

Dalam pada itu, IMF turut melihat kebarangkalian kelemesetan dalam ekonomi G7 meningkat kepada kira-kira 15%, hampir 4 kali ganda lebih tinggi daripada biasa.

Dalam tempoh tiga bulan hingga Julai, ekonomi global telah menunjukkan penguncupan di mana ia merupakan penurunan pertama dicatatkan sejak wabak Covid-19 melanda pada 2020.

Hal ini menyebabkan ia mengurangkan unjuran pertumbuhan global untuk 2022 kepada 2.9% daripada 3.6% sebelumnya, menurut tinjauan ekonomi dunia yang dikemaskini.

Masalah di Amerika Syarikat, China dan Zon Eropah telah mengakibatkan pengeluaran global jatuh pada suku kedua tahun ini, kata IMF.

Ini berlaku rentetan daripada penutupan Covid-19 yang dilaksanakan di bandar-bandar utama China dan Eropah yang terjejas susulan sekatan ke atas Rusia serta langkah kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank pusat utama Federal Reserve (Fed).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat