Ekonomi UK Kembali Berkembang! BOE Tunggu Apa Lagi?

365

Ekonomi UK kembali menunjukkan pertumbuhan pada bulan Ogos setelah pertama kali memaparkan penguncupan pada bulan Julai, sekali gus mengekalkan keyakinan pasaran bahawa Bank Pusat England (BOE) akan mula menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun.

Terbaru, Pejabat Statistik Nasional (ONS) melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK meningkat sebanyak 0.4% pada bulan Ogos, kurang sedikit dari jangkaan pasaran untuk meningkat 0.5%.

Bagaimanapun, bacaan ini menunjukkan ekonomi UK kembali berkembang setelah menguncup pada Julai yang menurun sebanyak 0.1%, menurut laporan yang disemak semula.

Angka terbaru yang dicatatkan menunjukkan ekonomi UK masih 0.8% lebih rendah daripada tahap sebelum pandemik Covid-19 bermula.

Ini juga menandakan kadar pemulihan ekonomi Britain semakin sederhana, tidak seperti ketika perlaksanaan pelonggaran sekatan bermula pada bulan April yang menunjukkan pertumbuhan meningkat ketara.

Walaupun begitu, pelabur tetap melihat bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini untuk menangani masalah tekanan harga yang semakin meningkat.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada hari Selasa mengatakan Britain berada di landasan yang betul untuk pertumbuhan terpantas berbanding ekonomi utama lain dari G7 dengan berkembang sebanyak 6.8% tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat