Ekonomi UK Semakin Gawat, Bacaan Terkini Pinjaman Awam Buatkan Pasaran Semakin Gusar!

562

Pinjaman awam UK dilaporkan meningkat kepada 35.920 bilion pound ($ 45.8 bilion) pada bulan Ogos. Jumlah pinjaman tersebut merupakan rekod kedua tertinggi yang dicatat oleh UK selepas bacaan tertinggi yang dicatat pada awal tahun kewangan disebabkan untuk menangani kerosakan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19.

Angka pinjaman awam pada bulan Julai disemak semula telah mencatat jumlah pinjaman melebihi daripada 11 bilion pound. Walaubagaimanapun, pinjama untuk lima bulan pertama pada tahun kewangan masih mencatat peningkatan sehingga kepada jumlah rekod 173.7 bilion pound, mengatasi bacaan jumlah tahunan pada puncak krisis kewangan.

Jabatan Pentadbiran UK meramalkan bahawa UK akan mencatat sebanyak 372 bilion pada tahun kewangan tahun ini. Angka ini merangkumui 18.9% daripada keluaran dalam negara (KDNK) atau GDP, nisbah tinggi yang pertama kali dilihat sejak Perang Dunia Kedua.

Hutang bersih sektor awam pada bulan Ogos mencapai 2.024 trilion pound atau 101.9% daripada KDNK. Bacaan tertinggi sejak tahun kewangan 1960-1961.

Britain mengalami impak ekonomi terbesar dari mana-mana ekonomi kumpulan G7 akibat penularan wabak Covid-19 pada suku kedua, dengan output ekonomi jatuh seabnyak 20%. Matawang GBP terus menyusut berbanding US dolar dengan penyusutan sebanyak 0.40% kepada paras bacaan 1.2968 setakat jam 11.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat