Ekonomi US Kucar Kacir – Pertumbuhan Sektor Pekerjaan A.S Jadi Tanda Tanya!

384

Pada hari ini, Jabatan Buruh AS telah melaporkan bahawa pertumbuhan dalam pasaran buruh semakin perlahan berbanding sukuan ketiga setelah data baru menunjukkan jumlah orang yang membuat tuntutan awal bagi faedah pengangguran di A.S berada pada paras yang tinggi walaupu catat penurunan pada minggu lalu.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari Khamis menunjukkan bahawa jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas jatuh kepada 751,000 pada minggu yang berakhir pada 31 Oktober, berbanding 758,000 pada minggu sebelumnya. Ahli ekonomi meramalkan bahawa permohonan akan menurun kepada 732,000 permohonan.

Terdapat kemungkinan bahawa ekonomi akan tenggelam dalam sentimen yang penuh ketidakpastian setelah pilihan raya Presiden yang kini masih berlangsung. Hasil pilihan raya dapat melemahkan pelaburan perniagaan dan penundaan pakej bantuan Covid-19 yang kedua.

Wakil Demokrat, Joe Biden sedang menungguli Presiden Donald Trump pada hari Khamis. Walaubagaimanapun, Trump telah merakamkan rasa tidak puas hati dan mengatakan bahawa ada unsur penipuan dalam pilihan raya. Trump telah mengusulkan perhitungan semula sementera keputusan belum diputuskan.

Bank pusat A.S. dijangka mengekalkan kadar faedah hampir kepada sifar dalam minit mesyuarat the Fed nanti.

Setakat ini sebanyak Lebih daripada $ 3 trilion bantuan rangsangan telah disalurkan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi. A.S telah mencatat pertumbuhan sebanyak 33.1% pada suku ketiga selepas menguncup 31.4% pada sukuan kedua.

Laporan pekerjaan yang dipantau pemerintah pada hari Jumaat dijangka menunjukkan bacaan NFP meningkat sebanyak 600,000 pekerjaan pada bulan Oktober setelah meningkat 661,000 pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat