Ekonomi Zon Eropah Akan Bertambah Buruk? Ini Unjuran Terkini Yang Dikeluarkan!

356

Suruhanjaya Eropah pada hari ini telah mengeluarkan ramalan berdasarkan data terkini yang telah dikumpul. Ekonomi zon Eropah dijangka akan merosot lebih buruk pada tahun ini dan pertumbuhan ekonomi pada 2021 akan lebih kurang daripada ramalan yang dikeluarkan sebelum ini.

Penilaian semula kejatuhan ekonomi di Eropah ini menambahkan lagi kebimbangan pasaran dimana pasaran kini menjangkakan pemulihan ekonomi AS juga akan sedikit terbantut berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 telah menyebabkan beberapa negeri di AS terpaksa menilai semula langkah-langkah yang telah diambil.

Eksekutif EU mengatakan bahawa ekonomi EU tersebut berkemungkinan merosot sebanyak 8.7% pada tahun ini sebelum mengukuh sebanyak 6.1% pada tahun 2021.Pada awal bulan Mei, Suruhanjaya telah meramalkan penurunan ekonomi sebanyak 7.7% dan akan mula pulih sebanyak 6.3% pada tahun 2021.

Antara faktor ramalan ini dinilai semula dan dikurangkan adalah kerana negara-negara seperti Perancis, Itali dan Sepanyol telah terkesan paling banyak dan dijangka ekonomi negara-negara tersebut masing-masing akan merosot sebanyak 10% pada tahun ini.

Bagi mengurangkan risikio kemelesetan ekonomi buat kali kedua, pesuruhjaya ekonomi, Paolo Gentiloni berpendapat bahawa peraturan fiskal EU dibekukan walaupun ekonomi kembali mencatat pertumbuhan pada tahun hadapan.

Jangkaan inflasi tidak banyak berubah iaitu pada dijangkat mencatat bacaan 0.3% pada tahun ini dan 1.1% pada tahun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat