Ekoran Risiko Pasaran, USD/JPY Telah Catat 300 Pips Penurunan Sejak Minggu Lalu

254

Matawang safe-haven Yen kekal mengungguli carta dagangan untuk pasaran kewangan pada minggu ini ekoran sentimen pasaran yang masih berisiko.

Harapan untuk wabak Coronavirus COVID-19 untuk reda dalam beberapa bulan lagi telah lenyap ekoran jangkitan virus yang dilihat merebak aktif ke luar China.

Ekonomi Amerika Syarikat yang kini berdepan ancaman, penganalisis ekonomi memberi pandangan bahawa impak Coronavirus akan menjadi lebih buruk berbanding kesan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini.

Turut menambahkan lagi risiko pasaran dengan isu ketegangan geopolitik antara Turki dan Syria di mana dilaporkan pembunuhan 29 tentera Turki oleh Syria.

Turki dikatakan bersiap sedia untuk bertindak balas dan turut mendakwa terdapat campur tangan pihak Rusia. Ini telah meningkatkan lagi risiko global yang sedang diserang wabak COVID-19.

Jika diperhatikan penurunan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga telah mencatatkan hampir 300 pips penurunan dari paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu.

Dagangan US dolar yang terus melemah telah mendorong penurunan harga ke paras lebih rendah sepanjang minggu ini selepas turun melepasi paras penting 110.000 semalam.

Penurunan yang menguji paras support 109.700 semalam dilihat pantul menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada zon SBR (support become resistance) kemudian menyambung semula penurunan ke paras lebih rendah.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga masih mengekalkan momentum penurunan sehingga ke paras 109.300 setakat jam 10.30 pagi.

Penurunan harga dijangka akan diteruskan sehingga mencecah paras 108.300 yang merupakan support terendah bagi dagangan tahun ini yang dicecah paras penghujung Januari lalu.

Namun jika berlaku kenaikan harga semula, zon SBR pada 109.700 akan kembali diuji dan jika kenaikan diteruskan, tumpuan akan terarah semula pada paras 110.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat