Ekoran Sentimen Risiko Pasaran, AUD/USD Kekalkan Penurunan

214

Matawang komoditi terutama dolar Australia dan dolar New Zealand kekal mempamerkan penurunan terkesan oleh ketegangan di Timur Tengah menyebabkan sentimen pasaran berisiko.

Dolar Australia diniagakan menurun untuk hari keempat berturut-turut berbanding US dolar setelah mencapai paras tertinggi 5 bulan pada hari terakhir dagangan 2019 di paras 0.70300.

Data ekonomi China turut mempengaruhi pergerakan matawang Aussie dalam pasaran di mana data tinjauan PMI perkhidmatan Caixin bulan Disember yang diterbitkan semalam mencatatkan angka sedikit menurun berbanding bulan sebelumnya.

Walaupun dagangan USD turut berisiko, namun dolar Aussie didagangkan lebih lemah dengan penurunan yang ditunjukkan pada pergerakan carta pasangan matawang AUD/USD.

Harga kekal bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sejak Khamis lalu menunjukkan trend bearish harga.

Harga dilihat menguji paras 0.69300 yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum dagangan yang bersambung pada hari ini melihatkan harga telah berjaya menembusi zon tersebut ke paras lebih rendah pada penghujung sesi Asia.

Penurunan seterusnya dilihat akan menguji beberapa paras penting seperti di 0.68800 kemudiannya zon RBS 0.68600. Paras tumpuan lebih rendah di paras 0.68200 berkemungkinan menjadi destinasi penurunan harga yang seterusnya.

Namun jika kenaikan kembali berlaku, harga akan cuba melepasi MA50 yang menjadi halangan dinamik harga. Kenaikan melepasi MA50 berkemungkinan memberi isyarat perubahan trend harga.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju paras penting pada 0.70000 dan seterusnya ketinggian 0.70300 yang dicapai pada penghujung Disember lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat