Ekosistem XRP Ledger Semakin Berkembang, Lebih 4,000 Pencipta Sedia Manfaatkan Platform NFT Ripple

1,076

Ripple menyambut lebih 4,000 pencipta non-fungible token (NFT), merangkumi beberapa golongan dari industri muzik, pencipta kandungan, pembangun permainan, dan artis dari pelbagai bidang yang memilih untuk menggunakan platform ini.

Penyertaan mereka adalah berdasarkan dana Creator Fund yang dilancarkan pada September 2021, bernilai $250 juta.

Sebagai rekod, dana tersebut diusahakan dengan tujuan untuk menyokong inovasi tokenisasi yang menfokuskan kepada NFT, sekaligus merancakkan pertumbuhan sektor ini.

Creator Fund juga akan menjadi alternatif pertama yang menghubungkan pencipta dengan platform pasaran dan agensi kreatif seperti Mintable, MintNFT, dan VSA Partners:

“Melalui kerjasama ini, kami dapat membantu perkembangan ekosistem Web 3.0 dengan mendorong kemampuan saling kendali rentas rantai dan mencetuskan penerimaan NFT dan aset digital yang lebih luas.”

Tidak dinafikan Ripple tidak ketinggalan menyertai ruang Web3 dengan pelancaran NFT-Devnet yang berobjektifkan lebih ramai pencipta NFT dapat dibantu.

Pendekatan Ripple juga secara tidak langsung mempromosikan lagi kelebihan ekosistem XRP Ledger yang menawarkan kos rendah dan penyelesaian yang pantas di platform pasaran NFT seperti Feeture.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat