Ekslusif: Pendapat Penganalisis Terkemuka Tentang Potensi Pergerakan US Dolar Pagi Ini

64

Kali ini Moshed.com akan berkongsi kepada anda pendapat penganalisis matawang terkemuka dunia iaitu Cik Kathy Lien yang mempunyai pengalaman 13 tahun dalam dagangan matawang. Beliau memulakan kerjayanya di JP Morgan dan pernah juga berkhidmat di beberapa syarikat broker forex sebagai penganalisis. Beliau juga selalu di jemput ke Bloomberg, Wallstreet journal, Reuters dan beberapa portal berita pasaran yang lain untuk ditemu ramah. Ketika ini beliau berkhidmat di BK Asset Management.

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat perkongsian beliau tentang potensi pergerakan US dolar pagi nanti.

Kali terakhir Rizab Persekutuan US (The Federal Reserve) menaikkan kadarnya adalah pada Disember 2015 dan pagi ini bank pusat US ini akan menetapkan kadarnya sekali lagi dalam jangka masa setahun sejak 2015. Banyak yang telah berubah sejak tahun 2015, tetapi hanya satu yang kekal iaitu penetapan kadar The Fedmemberikan pergerakan yang besar kepada matawang-matawang dunia.

  • Persoalannya sekarang, hampir keseluruhan pasaran menjangkakan The Fed menaikkan kadar, jadi jika kadar dinaikkan adakah US dolar akan jatuh atau naik?

Kenaikan kadar selalunya memberikan kesan positif kepada matawang itu, tetapi dalam kes ini US dolar sudah pun mencapai paras tertinggi yang mana kadar belum lagi dinaikkan. Fed Fund Future pada masa ini menunjukkan potensi kenaikan kadar di paras 100%. Dalam kata lain, pasaran memang menjangkakan kadar dinaikkan pagi ini. Persolannya, adakah USD akan naik atau turun?

  • 3 Senario

Kathy Lien melihat 3 senario yang akan berlaku dalam pengumuman kadar pagi nanti. Sebelum kita melihat senario-senario ini, adalah penting untuk memahami sebab The Fed menaikkan kadarnya. The Fed telah pun memperkatakan tentang hal ini sejak akhir-akhir ini dan dua daripada ahli FOMC (Mester dan George) telah mengundi kenaikan kadar pada mesyuarat November lepas.

Jika dilihat dalam tren petunjuk ekonomi US sehingga hari ini, ekonomi US jelas menunjukkan peningkatan sejak mesyuarat November. Perbelanjaan pengguna semakin mengukuh, pekerjaan yang semakin bertambah, kadar pengangguran yang semakin berkurangan, harga pengguna meningkat, dan pasaran perumahan yang stabil.

Peningkatan ini memberi kebimbangan kepada The Fed jika inflasi meningkat terlalu cepat di masa hadapan. Untuk melawan kenaikan inflasi terlalu cepat ini adalah dengan menaikkan kadarnya pagi nanti.

Kathy Lien dalam tulisannya baru-baru ini mengatakan, beliau tidak menjangkakan US dolar memberi reaksi yang begitu signifikan kepada penetapan kadar, melainkan kadar dinaikkan sebanyak 50 mata asas dari 0.50% kepada 1.00% atau tidak menaikkan kadar langsung. Dua situasi ini dilihat tidak akan berlaku.

  • Fokus kepada ‘dot plot’

Penggerak USD dalam penetapan kadar pagi ini akan fokus kepada ramalan ‘dot plot’ The Fed. Pada September, Janet Yellen melihat boleh menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas tahun hadapan dan jika jangkaan ‘dot plot’ ini menunjukkan kenaikan kadar lebih dari dua kali kenaikan akan menguatkan US dolar pagi nanti. Jika ia masih menunjukkan dua kali kenaikan tahun hadapan, US dolar akan melemah.

  • 3 senario yang mungkin akan berlaku dan kesannya kepada US dollar.

Senario #1 – The Fed menaikkan kadar tapi tidak memberikan forward guidance

Jika The Fed menaikkan kadar dan Yellen tidak memberikan isyarat kadar dinaikkan lagi di masa hadapan, US dolar akan melemah. Oleh itu, jika Janet Yellen gagal meyakinkan pasaran bahawa kadar akan naik lagi, kita akan melihat correction 1-2% kepada US dolar beberapa hari kemudian.

Senario #2 – The Fed menaikkan kadar dan kenaikan kadar lagi bergantung kepada data di masa hadapan.

Jika kadar dinaikkan dan Yellen mengatakan impak terhadap peningkatan hasil-bon atau kenaikan kadar di masa hadapan akan bergantung kepada data-data ekonomi yang bermaksud beliau tidak komited untuk menaikkan kadar di masa hadapan akan menyebabkan US dolar akan jatuh lebih aggresif berbanding senario 1.

Scenario #3 – The Fed menaikkan kadar dan Yellen  mengatakan perlunya kepada pengetatan polisi

Jika The Fed menaikkan kadar dan Yellen menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi dan meningkatkan kebimbangan naiknya inflasi terlalu cepat dan perlunya kepada pengetatan polisi (kenaikan kadar lagi) akan menyebabkan US dolar melonjak. Kita mungkin akan melihat Usd/Jpy mencapai paras 115 dengan mudah dan berkemungkinan 1.0500 Eur/Usd akan ditembusi.

  • Kesimpulan

Akhir sekali bagi Kathy Lien, penetapan kadar oleh FOMC pagi nanti mungkin akan memberikan kekecewaan kepada traders kerana turun-naik (volatility) yang besar. Jika volatility seperti ini berlaku di mana harga turun dan naik begitu cepat, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh trader-trader.

Bagi Kathy Lien yang juga berpengalaman dalam dagangan matawang selama 13 tahun, senario 1 adalah yang paling berpotensi akan berlaku kerana The Fed masih belum pasti apakah akan dilakukan oleh Trump dalam polisi fiskalnya. Hal ini memberikan sebab yang kuat untuk pelabur dan trader untuk mengambil untung (take-profit) dan tidak pula bermakna hal ini adalah pengakhiran kepada tren kenaikan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat