Eksport Minyak Sawit Malaysia Ke India Rekod Kejatuhan Paras Terendah

641

Jumlah eksport minyak kelapa sawit dari Malaysia ke India mencatatkan rekod terbaru paling rendah pada April susulan arahan kawalan pergerakan negara dan pengurangan import berikutan wabak coronavirus yang melanda dunia.

Menurut laporan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Malaysia hanya mengeksport sebanyak 10,806 tan ke negara tersebut pada Mac lalu. Data ini menunjukkan penurunan yang luar biasa iaitu sebanyak 97% dari tahun sebelumnya dan jumlah bulanan terendah sejak 2000.

Banyak faktor yang melibatkan penurunan import di India dalam April. Pemilik Palm Oil Analytics, Sathia Varqa menjelaskan faktor tersebut termasuklah tarif yang dikenakan, pengurangan import minyak sawit, penurunan nilai matawang rupee dan aktiviti ekonomi negara yang perlahan kerana Covid19.

Malah, pada bulan April masyarakat India lebih cenderung kepada penggunaan minyak kacang soya dan minyak bunga matahari. Wujud persaingan antara penggunaan minyak kelapa sawit dan minyak tropika yang turut memberi diskaun kepada penggunanya.

Penganalisa industri dan juga pengarah di Godrej International, Dorab Mistry berkata pembelian minyak masak dari India mungkin akan susut sebanyak 1.5 juta tan pada 2020, didahului dengan minyak sawit dan minyak laurik. Justeru beliau menyarankan untuk pihak industri bersiap sedia dengan cabaran yang sama dihadapi oleh OPEC kerana penurunan harga minyak mentah.

Namun, tidak mustahil jika permintaan minyak kelapa sawit akan kembali meningkat pada Mei akan datang. Menurut ketua penyelidik Sunvin Group, Anilkumar Bagani, penurunan harga minyak kelapa sawit akan menarik semula pembeli susulan daripada potongan harga yang tinggi berbanding penawaran daripada Indonesia.

“Jika harga minyak kelapa sawit kekal sama, kita akan melihat India terus mengimport minyak sawit dari Malaysia pada Mei dan Jun,” katanya.

Dilaporkan harga minyak masak mencatatkan penurunan sekitar 35% pada tahun ini. Rekod tersebut merupakan penurunan terbesar sejak krisis kewangan pada 2008, paras terendah di bawah RM2,000 satu tan pada Selasa untuk pertama kali sejak Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat