Ekuiti AS Kembali Mencanak Tatkala Hasil Susut Ke Paras Terendah 2 Minggu

179

Pasaran saham kembali mencanak apabila hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) merosot ke paras terendah 2 minggu sementara harga tembaga jatuh ke paras 16 bulan ekoran kebimbangan kelembapan ekonomi.

Buat masa ini pelabur masih cuba mencerna dan mencari peluang di sebalik testimoni Presiden Federal Reserve (Fed), Jerome Powell di hadapan Kongres berkenaan kenaikan kadar yang ‘mengesahkan’ jangkaan kemelesetan.

Jelas Peter Cardillo dari Spartan Capital Securities, pasaran saham dilihat cuba menyerap pengetatan dasar Fed dan juga menempatkan diri dalam situasi pasaran bearish.

Tambahnya, ekuiti juga dilihat memanfaatkan penurunan hasil dan pasaran buat masa ini mengurangkan sedikit kemelesetan yang sederhana.

Rentetan itu, indeks purata Dow Jones Industrial mendahului kenaikan di Wall Street sebanyak 194.23 mata (0.64%) pada 30,677.36, S&P 500 mencapai 35.84 mata (0.95%) pada 3,795.73 hasil dorongan saham Apple Inc dan Nasdaq Composite tambah 179.11 (1.62%) pada 11,232.19.

Tolok MSCI saham seluruh dunia mekar 0.43% sementara indeks STOXX 600 hilang 0.82%.

Pasaran bon pula menyaksikan penanda aras hasil 10 tahun AS turun 3.005% kemudian melantun ke 3.070% namun telah jatuh dari catatan tertinggi sejak April 2011 pada 3.498%.

Pergerakan mata wang pula menyaksikan Euro susut 0.5% pada $1.0509 ekoran data PMI yang lemah dari jangkaan di Jerman dan Perancis sementara ia turun 1.4% berbanding Yen pada 141.85 yen.

Bagi komoditi pula, harga tembaga menjunam dari puncak dengan kenaikan kadar dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan menjejaskan permintaan dan London Metal Exchange (LME) mencapai paras terendah sejak Februari 2021.

Dalam pada itu, niaga hadapan minyak Brent jatuh $1.69 pada $110.05 setong sementara niaga hadapan minyak mentah WTI turun $1.92 pada $104.27 kerana kebimbangan kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat