Ekuiti Bergerak Perlahan Menanti ‘Powell’ Point Presentation Fed

128

Tolok ekuiti Amerika Syarikat (AS) bergerak lemah pada sesi New York dengan pelabur menantikan komen Presiden Jerome Powell berkenaan prospek kenaikan kadar dan meneliti situasi di China.

Buat masa ini hasil Perbendaharaan AS dan dolar terus menjadi pilihan tatkala komen pegawai Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis bakal memberi gambaran jelas mengenai masa depan bank pusat itu.

Ia secara tidak langsung menolak jatuh ekuiti dengan S&P 500 turun 0.16% pada 3,957.63, Nasdaq Composite jatuh 0.59% pada 10,983.78 sementara Dow Jones Industrial naik 0.01% pada 33,852.53.

Ulas pengurus portfolio Horizon Investments, Ron Saba bahawa pelabur gementar menantikan komen Fed esok dan menyebabkan aktiviti pembelian terhenti seketika.

Namun, data keyakinan pengguna AS yang lemah semalam memberi harapan dengan ketua pelaburan Janney Montgomery Scott iaitu Mark Luschini menjangkakan bacaan tersebut boleh mempengaruhi pendirian Fed.

Pada sisi berbeza, sesi dagangan Asia pagi ini pula menyaksikan S&P/ASX 200 Australia turun 0.37% sementara Nikkei 225 Jepun jatuh 0.52% dan Topix susut 0.42%.

Kospi Korea Selatan junam 0.35% dan indeks meluas MSCI Asia Pasifik bermula lemah 0.14%.

Terdapat sedikit sinar harapan dari Asia dengan China bakal mengubah arah tuju dasar sifar Covid apabila pegawai kesihatan melancarkan pelan tindakan vaksinasi kepada warga berusia di sana.

Dalam pada itu, penanda aras nota 10 tahun naik 5 mata asas pada 3.752% dari 3.702% sementara hasil bon 30 tahun lonjak 5.6 mata asas pada 3.8049%.

Indeks dolar mengukuh 0.188% sementara Euro turun 0.11% pada $1.0326, Yen menguat 0.19% pada ¥138.68 dan Sterling jatuh 0.105 pada $1.1946.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat