Ekuiti Global Cecah Rekod Baru, USD Meningkat Menjelang Mesyuarat FOMC

351

Menurut laporan pendapatan, para pelabur sedang menunggu keputusa mesyuarat Federal Reserve (Fed) yang telah membuatkan saham-saham utama dunia mencanak sehingga mencapai rekod baru pada Selasa hasil kenaikan saham di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Kesemua indeks saham utama AS mencapai rekod tertinggi harian.

Indeks STOXX 600 Eropah turut mencatat rekod korporat memberangsangkan diikuti indeks CAC 40 Perancis yang mencapai paras tertinggi sejak tahun 2000.

Dolar Australia jatuh selepas sentimen Reserve Bank of Australia (RBA) bernada dovish semasa mesyuarat bank pusat pertama daripada tiga mesyuarat bank pusat yang diadakan pada minggu ini.

Indeks MSCI yang menjejaki prestasi ekuiti di 50 negara menunjukan kenaikan 0.14% hampir ke rekod 749.53. STOXX 600 pan-Eropah turut mencanak 0.14%

Di pasaran Wall Street, Dow Jones Industrial Average meningkat 0.39% dan S&P 500 menokok 0.37%, sementara Nasdaq Composite maik 0.34%.

Ekuiti dan bon Asia bercampur apabila pemaju hartanah China masih dalam kebimbangan tentang krisis hutang China Evergrande Group yang semakin menular.

Pertukaran hutang dari satu negara negara terkemuka mencetus amaran kredit yang membimbangkan.

Bon jangka masa pendek kerajaan Australia ikut jatuh dan dolar Australia merundum 1.0% ke $0.7448.

Indeks dolar yang yang mengukur kekuatan mata wang US dolar meningkat 0.181% walaupun pasaran telah pun mengambil posisi lebih awal untuk jangkaan langkah tapering oleh Fed.

Euro jatuh 0.22% ke $1.1581 manakala Yen kukuh pada 0.01%.

Menurut ketua penganalisi ekonomi Amerika di Natixis di New York, Joe LaVorgna melaporkan sentimen pasaran masih tidak menuntu untuk mengukuh sehingga tahun depan.

Harga minyak didagangkan di bawah paras harga $85 setong pada Selasa tetapi masih kekal hampiri paras tertinggi dalam dagangan tiga tahun menjelang laporan mingguan bekalan AS yang dijangka akan mencatat kenaikan dalam inventori minyak sementara pelabur masih menunggu keputusan mesyuarat OPEC+ pada Khamis.

Minyak Brent yang berada pada paras $84.52 menurun 0.22% manakala minyak mentah jatuh 0.63% ke paras $83.52 setong.

Bitcoin memuncak semula 4.3% ke paras $63,544.84.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat