Ekuiti Global & Hasil Bon AS Alami Penyusutan Ekoran Kebimbangan Inflasi

190

Reaksi awal pelabur terhadap data inflasi dan laporan pendapatan korporat yang bakal diterbitkan minggu ini telah membuatkan ekuiti global dan hasil bon Amerika Syarikat (AS) susut.

Sentimen risk-off dilihat kembali menguasai pasaran apabila pelabur menantikan bacaan indeks harga pengguna, jualan runcit dan indeks harga pengeluar AS pada minggu ini.

Ia dijangka bakal memberi gambaran tentang keadaan inflasi semasa AS dan langkah yang akan diambil Federal Reserve (Fed) dalam menjinakkannya.

Selain itu, tekanan turut dirasai dengan terbitan laporan korporat JPMorgan dan Morgan Stanley pada Khamis sementara Citigroup serta Fargo pada penghujung minggu.

Rentetan itu, Wall Street yang memulakan dagangan Julai pada nota positif dilihat merosot ekoran kebimbangan sesi penjualan andai laporan syarikat gagal memenuhi jangkaan.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.42%, S&P 500 hilang 1.04% dan Nasdaq Composite turun 2.02%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah hilang 0.50% dan indeks MSCI saham seluruh dunia susut 1.17%.

Tolok meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun ditutup lemah 2.07% sementara Nikkei Jepun naik 1.11% manakala saham cip biru China gugur 1.9% selepas Shanghai mencatat kes melibatkan  varian Covid-19 Omicron BA.5.2.1.

Dalam pada itu, indeks dolar mengukuh 0.869% ke paras tertinggi 20 tahun berbanding sejumlah mata wang lain.

Yen Jepun melemah 0.86% pada $137.27 sementara Sterling didagangkan rendah 1.11% pada $1.1894 manakala Euro turun 1.2% pada $1.0061 selepas gugur hampir 2.4% pada minggu lalu.

Sementara itu, hasil bon 10 tahun kerajaan Jerman jatuh 5 mata asas pada 1.296%.

Bagi komoditi, harga minyak jatuh sekitar 4% minggu lalu kerana kebimbangan mengenai permintaan mengimbangi kekangan bekalan.

Minyak mentah AS jatuh 0.97% pada $103.77 dan minyak mentah Brent turun 0.22% pada $106.78.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat