Ekuiti Macam Nak Naik Tapi Segan-Segan Depan Jerome Powell

166

Indeks saham utama dunia menyaksikan peningkatan dari zon merah, namun keuntungan tertahan tatkala pelabur menantikan pengumuman Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) di Simposium Jackson Hole pada hujung minggu.

Pelabur difahamkan terus berteka-teki dengan jangkaan kenaikan kadar faedah yang bakal dilaksanakan Jerome Powell dalam mengawal inflasi disebalik data baharu yang agak bercampur.

Hujah Adam Philips dari EP Wealth Advisors, pasaran akan kekal dalam corak mendatar untuk beberapa hari mendatang sehingga Powell menyampaikan ucapannya.

Atas faktor tersebut, Wall Street memperlihatkan Dow Jones Industrial naik 0.18% sementara S&P 500 capai 0.29% dan Nasdaq Composite tambah 0.41%.

Di zon Eropah, indeks STOXX 600 ditutup tinggi 0.16% dan tolok MSCI saham seluruh dunia mendatar pada 0.02%.

Rantau Asia pula memperlihatkan Nikkei Jepun lonjak 0.34%, Topix naik 0.22% sementara Kospi Korea Selatan tambah 0.56% dan Kosdaq capai 0.49%.

Dalam pada itu, aliran mata wang menyaksikan indeks dolar mengukuh 108.6 sementara Euro naik sedikit 0.05% dari paras terendah 2 dekad pada $0.9972.

Hasil Perbendaharaan AS turut meningkat untuk mencapai paras tertinggi berbilang minggu dengan data ekonomi bercampur membuatkan nota 10 tahun tambah 3% pada 3.126%.

Bagi komoditi, minyak didagangkan tinggi dalam pasaran kurang menentu apabila niaga hadapan minyak mentah AS $1.15 pada $94.89 dan Brent capai $1 pada $101.22.

Sementara itu, niaga hadapan emas AS mendatar pada $1,761.50 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat