Ekuiti Naik Ketika Dolar Suram Dalam Suasana Berisiko Pasaran

121

Pasaran meluas menyaksikan hasil Perbendaharaan 10 tahun lonjak ke paras tertinggi sedekad dengan greenback mendatar menjelang mesyuarat FOMC pada Khamis.

Atas faktor itu, ekuiti utama di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan penutupan positif dengan syarikat dana pelaburan menempatkan diri dalam kemungkinan Federal Reserve (Fed) membuat kejutan terhadap pengetatan dasarnya.

Ulas Micheal James dari Wedbush Securities, tindakan syarikat dana pelaburan tersebut lebih kepada kes ‘andai’ tapi pasaran tahu Fed tetap agresif dengan kenaikan kadar faedahnya.

Ekorannya Dow Jones Industrial naik 0.64% sementara S&P 500 capai 0.69% dan Nasdaq Composite tambah 0.76% dalam sesi dagangan yang tidak menentu semalam.

Situasi di Eropah pula menyaksikan indeks STOXX 600 turun 0.09% sementara tolok MSCI saham global raih keuntungan 0.38%.

Di rantau Asia pula Nikkei 225 naik 1.14% dan Topix tambah 0.87% selepas cuti panjang Jepun sempena ‘Hari Penghormatan Golongan Berusia‘.

Turut menjadi tumpuan di Jepun adalah bacaan teras inflasi negara Matahari Terbit yang melonjak 2.8% berbanding setahun lalu 2.7%.

Indeks Kospi Korea Selatan tambah 0.8%, Kosdaq naik 1.22% sementara S&P/ASX 200 lonjak 0.71% dan tolok MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun capai 0.35%.

Ringkasan mata wang memperlihatkan dolar naik 0.055% dengan Euro naik 0.06% pada $1.0021 dan Yen tambah 0.21% pada 144.99.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun turut mencanak dalam kadar perlahan pada 3.5185 sebelum berundur sedikit dan hasil 2 tahun capai ke paras tertinggi 15 tahun pada 3.970%.

Bagi komoditi, minyak mentah Brent naik 65 sen pada $92 dan minyak mentah AS tambah 62 sen pada $85.73 manakala niaga hadapan emas turun 0.3% pada $1,678.20.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat