Ekuiti Tempatan Bercampur Ekoran Aktiviti Penjualan Penghujung Minggu

143

Bursa Malaysia dibuka bercampur pada pengakhiran minggu dengan indeks penanda aras mengurang sebanyak 0.07% ekoran aktiviti jualan pada saham wajaran tinggi terpilih.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.07 mata pada 1,490.13 daripada penutupan Khamis pada 1,491.20.

Indeks dibuka rendah 0.03 mata pada 1,491.17.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 250 mengatasi kaunter rugi pada 102, manakala 246 kaunter pula tidak berubah, 1,689 tidak didagangkan dan 54 digantung.

Jumlah perolehan pada 261.88 juta unit bernilai RM109.38 juta.

Ulas nota Malacca Securities Sdn Bhd, KLCI dijangka terus merali seiring rakan serantaunya selepas mengambil isyarat prestasi kukuh Wall Street.

Selain itu, firma tersebut turut menggariskan keputusan pembatalan sekatan kemasukan pekerjanya Ke Malaysia yang akan memberi manfaat kepada sektor pembuatan dan perladangan tempatan.

Dalam pada itu, sektor tenaga dikatakan terus menjadi pilihan ekoran peningkatan harga minyak sawit mentah sementara sektor teknologi pula akan mendapat momentum berdasarkan prestasi keuntungan Nasdaq.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd turun 2 sen pada RM8.83 dan RM5.26, Petronas Chemicals Group Bhd hilang 11 sen pada RM8.80 sementara Public Bank Bhd dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM4.64 dan RM6.39.

Saham aktif memperlihatkan  CSH Alliance Bhd naik 1 sen pada 10 sen, Parkson Holdings Bhd tambah 1.5 sen pada 18.5 sen dan LGMS Bhd lonjak 7.5 sen pada 87.5 sen sementara MQ Technology Bhd dan Velesto Energy Bhd kekal pada 3.5 sen dan 8.5 sen.

Di papan indeks,  indeks FBM Emas mengumpul 11.51 mata pada  10,590.16, indeks FBM Emas Shariah meraih 23.04 mata pada  10,704.07, indeks FBMT 100 memperoleh 6.90 mata pada  10,340.30, FBM ACE mencapai  23.48 mata pada  4,855.97 dan FBM 70 melonjak 66.14 mata pada  12,750.83.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat