El Salvador: Pemberian $30 Dalam Bitcoin Rupanya Scam?

1,444

Ketika presiden El Salvador, Nayib Bukele mengumumkan pemberian $30 di dalam Bitcoin (BTC) kepada golongan dewasa di negara itu baru-baru ini, secara tidak langsung telah membawa lonjakan 3% terhadap harga aset tersebut.

Namun, timbul pula permasalahan yang mengaitkan pemberian $30 itu dengan ekosistem Bitcoin.

Pengasas Blockchair, Nikimata Zhavoronkov dalam twitnya pada 25 Jun lalu menyifatkan inisiatif kerajaan El Salvador sebagai satu penipuan terbesar dalam sejarah kripto.

Jelasnya, rangkaian Bitcoin yang hanya mampu menampung 250,000 transaksi sehari dan rata-rata kos transaksi menelan lebih $30. Pada masa yang sama El Salvador memiliki 7 juta penduduk. Ini bermakna, Bitcoin tidak mampu menangani sejumlah besar transaksi yang dijalankan nanti.

Zhavoronkov percaya boleh jadi penduduk El Salvador tidak akan menerima bitcoin sebaliknya IOU kerana melalui wallet Strike yang dibina di atas Lightning Network beberapa data pengguna diperlukan bagi setiap langkah dan berlakunya perbankan pecahan pada akhirnya.

Kenyataan tutor blockchain itu disokong dengan caj bayaran pembelian Bitcoin sebanyak $20 boleh mengakibatkan caj pemindahan wallet-to-wallet sehingga $15.

“Menerima IOU Lightning sama seperti menerima wang kertas yang ‘disokong’ emas, bukannya emas yang sebenarnya. Mungkin pada awalnya dilihat seperti Bitcoin tetapi bukan Bitcoin.” katanya.

Tidak pasti sejauh mana kebenaran itu tetapi baru-baru ini Bukele ada menepis beberapa salah faham berkaitan wallet yang diperkenalkan, Chivo.

Salah satunya: “Chivo adalah salah satu wallet daripada kebanyakan wallet yang boleh digunakan dan akan serasi sepenuhnya dengan wallet yang lain.” Penggunaan Chivo juga tidak akan melibatkan sebarang kos termasuk bagi aktiviti pengiriman, penerimaan, pembayaran atau penukaran bitcoin kepada dolar dan sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat