Elon Musk Buat Twitter Macam Bapak Dia… Eh Lupa, Memang Dia Punya!

482

‘Betul kaw-kaw Musk ubah Twitter ni. Ada ke yang sanggup bayar untuk dapat blue tick dekat profil mereka?’

Selepas memecat sejumlah besar eksekutif dan pekerja Twitter Inc, Elon Musk terus mencuri tumpuan dengan memperlihatkan sikap ‘kapitalis’ apabila mengenakan bayaran untuk lencana verifikasi (verified badge).

Dikatakan pengguna perkhidmatan premium Twitter Blue perlu membayar $8 sebulan untuk menerima verified badge, sebahagian usaha Musk untuk meningkatkan langganan dan mengurangkan kebergantungan pada iklan.

Kesahihan perkara tersebut dapat dilihat melalui ciapan Twitter peribadi Musk yang mengatakan sistem verifikasi dahulu mengarut dan kuasa akan diberikan kepada pengguna.

Tambahnya, verified badge Twitter Blue kini ditawarkan pada harga $8  sebulan dan kadarnya akan diselaraskan mengikut negara.

Namun, pengguna Twitter lain tidak perlu khuatir kerana aplikasi tersebut masih lagi percuma untuk digunakan.

Umum mengetahui bahawa sejak pemerolehan Twitter, Musk telah membawa perubahan besar dengan melakukan rombakan pekerja termasuk polisi-polisi aplikasi burung biru tersebut.

Antara perubahan terbaru yang diperkenalkan Musk adalah hak kebebasan bersuara dengan membenarkan semula beberapa akaun yang disekat ekoran kelantangan mereka mengeluarkan pendapat.

Dalam satu cerita berasingan, ketua pengiklanan Twitter iaitu Sarah Personette memaklumkan bahawa beliau telah meletak jawatan pada minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat