Elon Musk Cari ‘Si Bodoh’ Untuk Gantikannya Di Twitter!

172

‘Entah betul ke tidak Musk lepas jawatan macam tu je.’

Mungkin sudah nekad, Elon Musk terang-terang mengatakan pendirian untuk berundur dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Inc.

Dalam satu ciapan yang ditulis, Musk merancang untuk meletak jawatan sebagai CEO sebaik beliau menemui ‘seseorang yang cukup bodoh’ untuk menjadi ketua Twitter.

Tambahnya, beliau akan memberi fokus dalam bahagian perisian dan pelayan sebaik melepaskan jawatan CEO Twitter yang dipegang beberapa bulan lepas.

Ia dipercayai rentetan daripada tinjauan yang dilakukan beliau pada 19 Disember lalu, bertanya sama ada perlu atau tidak meletak jawatan.

Hasil undian oleh warga Twitter memperlihatkan 57.5% bersetuju untuk Musk meletak jawatan sementara 42.5% lagi menjawab tidak.

Perkara tersebut juga secara tidak langsung mencetus desas-desus berkenaan hala tuju Musk dan Twitter selepas mereka menghadapi prosiding mahkamah berkenaan tindakan membuang para pekerja secara besar-besaran.

Ternyata tajuk berita berkenaan Musk, Twitter dan juga Tesla bakal memenuhi dada akhbar serta media dengan berita mengejut ini dijangka tidak akan mereda, lebih-lebih lagi dengan perangai CEO itu yang tidak lari dari kontroversi.

Sementara itu, satu berita berasingan pula menyaksikan Musk mengukuhkan kedudukan beliau di tempat ke-2 dalam senarai jutawan dunia dengan nilai kekayaan beliau menyusut sekitar $7.9 bilion lagi.

Mencerap Forbes’s Real Time Billionaires List dan Bloomberg Billionaires Index, Musk terus berada di belakang Bernard Arnault sementara Guatam Adani dilihat mengejar rapat kedudukan ke-2 dalam carta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat