Elon Musk Cetus Kontroversi, Padam Akaun Facebook!

0 446

CEO Tesla dan SpaceX, Elon Musk yang aktif di laman Twitter tetapi kurang menonjol di media sosial Facebook cetuskan tanda tanya. Rupa-rupanya, jutawan berkenaan menyifatkan laman sosial berkenaan sebagai ‘lame’ di laman Twitternya pada Sabtu lalu.

Tambahan daripada itu, beliau turut menggunakan tanda pagar #DeleteFacebook sebagai respon kepada tweet seorang anti-Facebook yang merupakan pelakon, penulis, penerbit dan pengarah Hollywood, Sacha Baron Cohen.

Apa yang mengejutkan ialah, CEO tersebut didapati telah memadam Facebook page kedua-dua syarikatnya, Tesla dan SpaceX pada Mac 2018. Selain itu, Elon Musk mendedahkan bahawa beliau tidak menyedari tentang kewujudan page di platform laman sosial itu untuk kedua-dua syarikat berkenaan.

Pada ketika itu, beliau memuatnaik posting di laman Twitternya tentang page berkenaan dengan caption ‘Looks lame anyway’. Bukan itu sahaja! Beliau turut mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa beliau tidak akan menggunakan Facebook di laman Twitternya pada tarikh yang sama.

Rentetan daripada itu, Elon Musk mendakwa bahawa perbuatannya itu adalah disebabkan beliau telah dicabar oleh seseorang dan beliau tidak suka akan laman sosial berkenaan.

Seterusnya, pada Ogos 2018, beliau turut memadamkan akaun Instagram miliknya kerana laman sosial tersebut diambilalih oleh Facebook.

Hakikatnya, bukan Elon Musk sahaja yang bertindak demikian tetapi turut diikuti oleh pengasas bersama syarikat Apple, Steve Wozniak yang memadamkan laman Facebook beliau pada April 2018 serta memberi galakan kepada orang lain untuk berbuat demikian pada Julai 2018.

Steve mengatakan bahawa Facebook akan menggugat nilai privasi seseorang. Namun begitu, laman sosial gergasi tersebut enggan mengulas berkenaan isu ini.

Anda mungkin juga berminat