Elon Musk Jadi CEO Twitter, Tony Fernandes Pula Letak Jawatan CEO AirAsia!

2,417

‘Seorang naik jadi CEO, seorang lagi turun jadi CEO.’

Syarikat penerbangan jarak sederhana dan tambang murah milik Capital A, AirAsia X Bhd (AAX) mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Tony Fernandes sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Menurut pemfailan syarikat, peletakan jawatan beliau dibuat ekoran ‘komitmen lain’ selepas mengambil alih jawatan tersebut 4 bulan lalu dan akan digantikan dengan Tunku Datuk Mahmood Fawzy.

Sebagai rekod, Fernandes dilantik sebagai CEO dan pengarah bukan eksekutif (non-independent) AAX pada 8 Julai selepas peletakan jawatan Nadda Buranasiri sebagai CEO Thai AAX.

Difahamkan bahawa peletakan jawatan Fenandes itu dibuat beberapa hari selepas AAX mengumumkan pelan cadangan komprehensif bagi syarat Practice Note (PN17) yang dikenakan pada Oktober tahun lepas.

Pada sisi berbeza, Elon Musk memfailkan pengumuman yang mengesahkan beliau sebagai CEO Twitter selepas memecat Parag Agrawal Sabtu lalu.

Perkara ini menandakan Musk menyandang jawatan CEO di 4 syarikat berbeza iaitu Tesla Inc, SpaceX, Neuralink dan Boring Company.

Umum mengetahui bahawa Musk secara rasmi membeli Twitter Inc pada $44 bilion selepas beberapa kali menangguhkan usahanya dan dipaksa oleh mahkamah.

Sebaik menjejakkan kaki ke ibu pejabat Twitter pada Jumaat lalu, Musk segara membawa perubahan drastik dengan memecat beberapa eksekutif syarikat yang didakwanya memberi maklumat palsu dalam proses pembelian.

Selain itu, Musk juga bertindak membuang sejumlah besar tenaga kerja syarikat sebagai sebahagian usaha penstrukturan semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat