Elon Musk Jadi ‘Target’ Joe Biden Kerana Ancam Keselamatan US?

245

‘Agak-agak Biden hantar spy tak dekat kawasan rumah Musk lepas ni?’

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berseloroh dengan mengatakan gerak geri jutawan Elon Musk perlu diberi tumpuan dan pengawasan.

Ketika ditemu bual wartawan berkenaan tindakan Musk bermain politik dengan negara lain sehingga boleh mengancam keselamatan AS, Presiden Biden dilihat memberi respon neutral dan bercampur jenaka.

Ucap Biden bahawa gerak geri Musk dalam perhubungan teknikal dan/atau kerjasamanya bersama negara-negara lain adalah perkara yang perlu diperhatikan.

Ulasnya lagi, tindakan Musk bukan sesuatu yang tidak wajar dilakukan namun tidak bermakna ia perkara betul, sebaliknya beliau mencadangkan gerak geri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu perlu diperhatikan.

Perkara ini dipercayai adalah susulan daripada perintah White House bulan lepas yang membincangkan keperluan melancarkan semakan keselamatan negara terhadap Musk selepas pemerolehan Twitter.

Terbitnya kebimbangan isu hak kebebasan bersuara pada Twitter selepas pemerolehan Musk kerana beliau merupakan antara pengkritik lantang yang memperjuangkan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan dalam talian.

Selain itu, Musk juga pernah terlibat dengan kontroversi ketegangan antara China dan Taiwan di mana beliau mencadangkan kedamaian melalui pengerahan beberapa kawalan Taipei kepada Beijing.

Malah tidak dapat dilupakan juga cadangan Musk kepada Ukraine untuk menyerah Crimea kepada Rusia bagi menyelesaikan perang, selain mengatakan syarikat SpaceX akan menarik dana Starlink dari Kyiv.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat