Elon Musk Jatuh Ke Kategori B40? Kekayaannya Susut $130 Bilion!

1,060

‘Banyak sangat masalah berlaku pada 2022 ni, tambah pula 2023 bakal berlaku kemelesetan.’

Ternyata tahun 2022 bukan milik jutawan Elon Musk apabila beliau mengalami kemerosotan nilai kekayaan sebanyak $130 bilion setakat ini.

Tatkala mencerap Bloomberg Billionaires Index hari ini kekayaan Musk berada pada $170 bilion sementara pada carta Forbes Today’s Winner and Loser pula beliau merupakan jutawan dengan kerugian terbanyak hari ini pada $8.1 bilion.

Difahamkan bahawa dalam tempoh 12 bulan lepas kekayaan Musk telah menguncup selepas beliau terlibat dengan kes pemerolehan $44 bilion terhadap syarikat media social Twitter Inc.

Isu tersebut turut berkait dengan syarikat kereta elektrik (EV) Tesla Inc di mana beliau dikatakan telah menjual sebahagian pegangan bagi membiayai pemerolehan tersebut.

Atas faktor itu, nilai saham Tesla sendiri telah merosot teruk di sebalik isu dalaman seperti penarikan balik sejumlah 321,000 EV syarikat ekoran masalah lampu termasuk saman-menyaman di mahkamah berkenaan Twitter.

Dalam pada itu, tahun 2022 dilihat sangat memcabar untuk para jutawan dengan kebanyakan mereka mengalami kerugian ekoran kemelut geopolitik dan tekanan inflasi yang membawa kenaikan kadar faedah.

Di tempat ke-2, Bernard Arnault mengalami kerugian sebanyak $21.5 bilion sementara Jeff Bezos di tangga ke-4 menyusut $76.7 bilion manakala Bill Gates dan Warrant Buffett merundum pda $76.7 bilion dan 25.3 bilion.

Sementara itu, jutawan Malaysia sendiri Robert Kuok berada di kedudukan ke-96 dengan penyusutan nilai kekayaan pada 15.5 bilion, susut 2.80 bilion setakat tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat