Elon Musk Pecat Pekerja Twitter Sebab Nak Elak Bayar Pampasan?

226

‘Tak tahu ni langkah genius atau pengecut dari seorang jutawan terkaya dunia.’

Pemilik baru Twitter Inc, Elon Musk menafikan dakwaan yang menuduhnya memecat sejumlah besar bekerja syarikat sebelum 1 November bagi mengelak pembayaran geran saham sebagai pampasan.

Isu ini hangat tersebar apabila seorang pengguna menulis ciapan dengan mengatakan Musk sengaja memecat sejumlah besar tenaga kerja bagi mengelakkan pembayaran pampasan akhir tahun kepada pekerja yang terjejas.

Musk dilihat membalas ciapan tersebut dengan mengatakan dakwaan itu adalah tidak benar.

Hal ini mencetus perdebatan dalam kalangan pengguna internet dengan laporan dari New York Times jelas mengatakan Musk mulai memecat sejumlah besar tenaga kerja Twitter bermula Jumaat, hari beliau membeli syarikat secara rasmi.

Namun, ada yang berpendapat bahawa Musk sengaja berbuat sedemikian bagi mengelak pemberhentian pada 1 November iaitu hari di mana pekerja dijadualkan menerima geran saham sebagai pampasan.

Umum mengetahui sebaik Musk menduduki pejabat Twitter, Ketua Pegawai Esekutif (CEO) Parag Agrawal serta Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Ned Segal dan Ketua Polisi serta Perhubungan Luar Vijaya Gadde telah dipecat pada hari Jumaat.

Sebab atas pemecatan 4 eksekutif itu menurut Musk adalah kerana mereka memberi maklumat salah kepadanya dan pelabur Twitter mengenai akaun palsu dalam platform tersebut.

Di sisi berbeza, terdapat sumber lain mengatakan Musk membuat pemecatan eksekutif tersebut ‘atas sebab’ menghalang saham mereka yang tidak diletakkan sebagai sebahagian daripada perubahan kawalan.

Setakat ini pihak Twitter tidak mengulas lanjut mengenai pemecatan yang dilakukan atau pampasan yang diterima pekerja.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat