Elon Musk Sekarang 3x Ganda Lebih Kaya Dari Warren Buffett!

2,390

Elon Musk individu yang terkenal dengan pembuatan kereta automatik dan pengasas Tesla kini di isytiharkan tiga kali ganda lebih kaya melepasi pengasas Berkshire Hathaway, Warren Buffett.

Jumlah bersih kekayaan Musk mencanak $24 billion kepada $335.1 billion dilaporkan pada Isnin selepas saham Tesla Inc. miliknya menokok 8.5%.

Menurut sumber dari indeks Bloomberg Bilionaires, kedudukan Musk kini melepasi kedudukan Jeff Bezos pengasas Amazon.com dengan nilai kekayaan $143 billion manakala Buffett berada pada kedudukan ke-10 dengan nilai bersih $104.1 billion.

Nasib para pemegang saham Tesla yang terus memegang saham mereka kelihatan semakin membuahkan hasil. Leo KoGuan seorang peruncit saham dari Singapore muncul sebagai pemegang saham individu ketiga terbesar di dalam syarikat selepas nilai bersihnya mencanak $12.1 billion minggu lalu.

Seorang lagi pemegang saham, Larry Ellison pengasas Oracle Corp. yang telah melabur kepada Tesla sejak 2018 mendapati sahamnya kini bernilai $18.1 billion hampir satu perempat daripada nilai saham syarikat Oracle miliknya yang telah diusahakan beliau sejak 44 tahun lalu.

Sementara itu, Buffett, 91, yang terkenal sebagai seorang dermawan sempat menjelaskan bagaimana jurang kedudukannya semakin lama semakin melebar dengan Musk. Menurut beliau para pelaburnya telah mendermakan sebahagian saham Berkshire mereka setiap tahun kepada badan kebajikan termasuk Bill & Melinda Gates Foundation. Tambahnya lagi nilai jumlah kumulatif pemberiannya sepanjang 16 tahun terkumpul sebanyak $41 billion.

Berbeza pula kisahnya bagi Musk yang telah dicabar oleh pengerusi United Nations World Food Programme yang terus mendesak billionaire seperti Musk untuk mendermakan wang mereka dalam membantu mencegah kebuluran.

Menurut cicipan di akaun media sosial Twitter milik billionaire berusia 50 tahun berkenaan isu tersebut, dia mengatakan kesanggupan menjual saham Tesla sebanyak $6 billion “sekelip mata” jika agensi U.N tersebut mengeluarkan garis panduan bagaimana wang tersebut dapat menyelesaikan masalah kebuluran dunia.

“Jika WFP boleh menerangkan pada benang Twitter ini dengan tepat bagaimana $6B akan menyelesaikan kelaparan dunia, saya akan menjual saham Tesla sekarang dan melakukannya.”
-Elon Musk (@elonmusk) Oktober 31, 2021

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat