Emas Ambil Kesempatan Untuk Meneruskan Lonjakan Dalam Sesi Ini!

68

Emas, silver dan copper meneruskan lonjakan lebih tinggi dalam sesi ini selepas komen daripada Donald Trump terhadap perubahan perdagangan global telah mengubah sentimen pasaran.

Perubahan perjanjian perdagangan secara drastik oleh Trump menimbulkan kebimbangan terhadap kawalan perdagangan yang semakin ketat.

Emas dalam sesi ini telah melonjak sebanyak 1.05 peratus kepada $1.217.50 satu troy ounce, manakala silver telah meningkat sebanyak 1.09 peratus kepada $17,218 troy ounce. Dalam masa yang sama, copper juga telah meroket sebanyak 1.34 peratus dalam sesi ini.

Walaupun copper sering dirujuk sebagai penanda aras kepada keadaan ekonomi, keuntungan dalam sesi ini dikatakan berpunca dari permintaan yang meningkat terhadap asset penyimpan nilai.

Pada minggu ini, pasaran akan menumpukan tumpuan terhadap Presiden Mario Draghi yang akan menyampaikan ucapan di dalam satu majlis di Itali.

Minggu ini juga, rancangan Trump terhadap pembaharuan dasar dikatakan akan menguasai tajuk-tajuk utama media bagi sepanjang minggu. Pertumbuhan suku keempat dari AS dan UK juga akan diumumkan pada minggu ini.

Minggu lalu, emas didagang lebih tinggi pada Jumaat kerana junaman yang dibuat oleh US Dollar gara-gara ketidakpastian yang membelenggu sebelum perlantikan Trump secara rasmi.

Dalam ucapan pertama beliau, Trump juga dikatakan akan menjayakan kempen “America First” serta berjanji untuk membina jalan-jalan baru, jambatan dan lebuh raya.

Namun begitu, sentimen kekal dalam nada yang negatif sementara menantikan komen lanjut dari Trump sepanjang minggu ini.

Perjanjian NAFTA : Adakah Negara Lain Bakal Jadi “Mangsa” Agenda Trump?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat