Emas Berada Di Paras Bahaya 2 Tahun!

572

Emas tergelincir ke paras terlemah tiga minggu selepas para pembuat dasar Federal Reserve (Fed) menegaskan semula komitmen untuk lebih banyak kenaikan kadar faedah akan datang.

Sesi pasaran Asia memperlihatkan logam kuning itu didagangkan rendah pada $1,625 per auns, tidak jauh dari paras terendah dua setengah tahun yang disentuhnya pada bulan lalu.

Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari memberitahu bahawa Fed tidak boleh menghentikan pengetatan walaupun penanda arasnya mencapai 4.5% hingga 4.75% sekiranya inflasi masih tinggi.

Selain itu, Presiden Fed St Louis James Bullar memberi isyarat untuk dua lagi kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi mereka seterusnya.

Hal ini sekali gus membantu menyokong US dolar untuk kembali menguat dan hasil bon AS 10 tahun meningkat lebih jauh di paras ketinggian baharu 14 tahun.

Kedegilan inflasi yang tinggi telah membangkitkan semula kebimbangan terhadap kemelesetan ketika kebanyakan bank pusat global berusaha untuk menurunkannya tanpa menghiraukan kesan negatif terhadap ekonomi.

Tekanan harga yang berterusan menandakan pengetatan dalam dasar monetari yang agresif akan diteruskan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat