Emas Bercahaya Di Sesi Asia!

426

Logam kuning emas terus memperpanjangkan momentum pengukuhan pada paras tertinggi empat minggu apabila penurunan US dolar dan hasil perbendaharaan AS meningkatkan permintaan terhadap aset safe-haven itu.

Pada sesi Asia, spot emas diperdagangkan meningkat pada $1,777 per auns, setelah melonjak tinggi pada $1,780 pada awal sesi. Sementara niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,794 per auns.

Emas telah mendapat sokongan ketika pelabur terus meningkatkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan kenaikan kadar yang agresif.

Indeks dolar susut lebih rendah ke paras terendah empat minggu berbanding mata wang utama, hasil bon AS 10 tahun pula tergelincir pada 2.53%, paling lemah dalam empat bulan.

Turut menyokong logam berharga itu adalah prospek yang menyuramkan terhadap pertumbuhan ekonomi susulan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang menunjukkan penurunan pada suku kedua.

Bacaan data PMI pembuatan tinjauan ISM pula menunjukkan aktiviti perkilangan di AS sedikit menurun walaupun bacaan lebih baik daripada dijangkakan pada Julai.

Data dari China juga mengecewakan dengan mencatatkan kemerosotan dalam sektor pembuatan pada bulan Julai, menandakan impak dasar sifar Covid-19 terus menekan aktiviti ekonomi.

Penurunan dalam sektor-sektor utama memperlihatkan jangkaan ekonomi menyuramkan menyebabkan safe-haven emas dan yen mendapat permintaan daripada pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat