Emas Berjaya Mencapai Paras Tertinggi September 2016, Stabil Di Atas $1,342

87

Emas kekal dengan harga menghampiri paras tertinggi setahun yang lalu pada hari Rabu, disokong oleh ketegangan yang melanda wilayah Korea serta komen dovish tentang kelemahan inflasi US daripada pegawai-pegawai Federal Reserve semalam

Kontrak emas di Comex didagangkan pada paras $1,345.4 setakat jam 5.50 petang naik 0.07% atau $0.90.

Logam berharga terus meningkat 3 sesi berturut-turut, selepas mencapai paras tertinggi $1,349.70 hari ini, hampir sama dengan paras tertinggi pada 8 September tahun 2016.

 

Ketegangan di wilayah Korea terus dihangatkan selepas diplomat Korea Utara mengancam dengan nada sindiran bahawa negara mereka bersedia untuk menghantar ‘pakej hadiah’ kepada US, jika US terus menekan Pyongyang.

Korea Utara dikhabarkan akan meneruskan ujian peluru berpandu yang lain selepas berjaya menjalankannya pada hari Ahad yang lalu. Pakar-pakar telah bersedia untuk menjalankan ujian pada 9 September nanti, sempena ulang tahun kemerdekaan Korea Utara.

Risiko geopolitik kebiasaanya akan menaikkan permintaan terhadap intrumen safe haven seperti emas, kerana dianggap sebagai penyimpan nilai paling baik ketika votality berlaku di pasaran lain.

Pasaran juga meneliti komen darippada  Gabenor Fed, Lael Brainard semalam dengan kenyataan “berhati-hati dengan pengetatat polisi” berikutan inflasi masih di bawah sasaran bank pusat.

Komen dovish beliau melemahkan jangkaan Fed untuk tingkatkan kadar faedah kali ketiga tahun ini, dengan potensi ketika ini adalah 31.3% seperti yang ditunjukkan oleh CME.

Institusi Pengurusan Bekalan US (ISM) akan melaporkan indeks aktiviti sektor perkhidmatan bagi bulan Ogos pada jam 10 malam nanti. Pasaran menjangkakan kenaikan 55.8, dan indeks melebihi 50.0 menunjukkan perkembangan pada sektor tersebut. Data perkhidmatan PMI oleh Markit juga menjadi fokus pada malam ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat