Emas Berpaling Arah!

4,385

Logam berharga emas kembali memaparkan penurunan ketika pasaran menuju ke penghujung minggu.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, spot emas didagangkan menyusut pada $1,712 per auns, sementara niaga hadapan emas pula suram pada $1,709 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).

Berita mengenai Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang telah menandatangani rang undang-undang pakej rangsangan $1.9 trilion menjadi undang-undang, sebelum ini telah menyokong dagangan emas.

Bagaimanapun, setelah hasil perbendaharaan AS 10 tahun kembali memaparkan kenaikan pada sesi Asia hari ini, dan US dolar juga turut meningkat, logam kuning emas kembali mengurangkan keuntungan yang diraihnya sebelum ini.

Kebiasaannya berita mengenai pakej rangsangan ini akan memberi sokongan buat komoditi ini sebagai lindung nilai kepada inflasi, tetapi disebabkan hasil bon yang juga meningkat, ia menyebabkan pergerakan emas terbatas.

Hasil bon 10 tahun meningkat lebih tinggi pada 1.54%, setelah mencatatkan penurunan ketara pada 1.47% ketika sesi New York.

Sementara itu, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan kukuh pada 91.68 menjelang permulaan sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat