Emas Bersinar Menjelang Laporan PCE, Petanda ‘Cut Rates’ Hantui Pasaran!

580

Emas meningkat lebih daripada 1% pada Khamis selepas pengumuman beberapa data penting ekonomi AS. Mata wang USD dilihat sedikit merosot selepas mencatatkan keuntungan kukuh baru-baru ini dan menjejaskan angka hasil bon Perbendaharaan AS.

Data-data ekonomi AS dilihat lebih akur dengan ramalan pasaran walaupun pergerakan nilai emas masih berlegar-legar sekitar $2,325.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,320.86 iaitu susut sebanyak 0.31% sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia pagi tadi.

Kejatuhan mendadak harga emas ke paras terendah dua minggu pada Rabu yang didorong oleh angka inflasi di Kanada dan Australia mempamerkan pergerakan positif semula. Ini menaja lonjakan dalam kebanyakan hasil bon global terutamanya Perbendaharaan AS dan kenaikan USD.

Indeks Dolar AS (DXY) yang menjejaki prestasi mata wang berbanding kumpulan mata wang lain mencecah paras tertinggi bulanan baharu pada 106.13 sebelum ia susut 0.12% pada Khamis.

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi suku pertama 2024 Amerika Syarikat naik sedikit berbanding ramalan. Selain itu, bilangan rakyat AS yang memfailkan faedah pengangguran menurun berbanding data minggu lepas dan Pesanan Barangan Tahan Lama melebihi unjuran.

Pada jam 8.30 malam ini, data tolok pilihan Federal Reserve (Fed) untuk inflasi iaitu Indeks Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) yang dijangka menurun daripada 2.7% kepada 2.6% tahunan.

Core PCE dijangka juga turun daripada 2.8% kepada 2.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat