Emas Bersinar-Sinar Tapi Minyak Bergelora Kerana China & Rusia

492

Sentimen pasaran kini dinilai bercampur-campur dengan China melaporkan ketersediaan menamatkan dasar sifar Covid-19 tetapi Rusia pula bakal memulakan perang nuklear.

Ia membuatkan indeks greenback menyusut sebelum menerbalikkan kerugian, yang dilihat turut mempengaruhi dagangan 2 komoditi utama dunia.

Carta XAU/USD menyaksikan emas berjaya mencatat keuntungan harian terbesarnya dalam seminggu dengan penyusutan greenback, dipengaruhi berita di China sebelum diuji pula momentum bearish itu dengan khabar negatif dari Rusia.

Buat masa ini emas kembali berlegar di paras $1,783 dengan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) susut dan kebimbangan pertumbuhan ekonomi global yang lemah membuatkan pelabur mencari aset safe-haven.

Pada sisi berbeza, harga minyak meneruskan penyusutan untuk mencecah paras terendahnya pada tahun  ini apabila ia menerbalikkan semua keuntungan sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Niaga hadapan Brent turun 2.8% pada $77.17 setong sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun $2.24 pada $72.01 setong.

Penyusutan itu berlaku dengan faktor pertumbuhan dunia yang lemah, disebabkan oleh kos tenaga tinggi sungguhpun terdapat berita baik dari rantau China yang menyaksikan import dari negara itu meningkat 12% pada November.

Selain itu, keputusan Group of 7 (G7) yang mengenakan had eksport minyak Rusia juga memburukkan keadaan apabila Moscow bercadang untuk menyekat penjualannya sebagai bantahan terhadap tindakan itu.

Kebimbangan mengenai perkara itu secara tidak langsung menggusarkan pelabur dan naib Presiden Kanan Rystad Energy, Claudio Galimberti, tidak menolak kemungkinan ketidaktentuan itu akan mencemarkan minat pembelian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat