Emas Berundur Dulu Sebelum NFP!

351
  • Emas menuju peningkatan mingguan
  • Bacaan ADP lebih kuat dari jangkaan
  • Data NFP dinantikan

Emas didagangkan stabil pada Jumaat selepas berundur lebih jauh dari puncak tertinggi 6 bulan menjelang terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Menyusuri dagangan sesi Asia, spot emas diniagakan sedikit meningkat sekitar harga $1,840 per auns, manakakala niaga hadapan emas pula pada $1,844 per auns.

Pada sesi terdahulu, logam kuning itu merosot rendah menyentuh harga $1,825 setelah terkesan dengan bacaan data pekerjaan ADP AS yang lebih kukuh dan tuntutan pengangguran menurun ke paras terendah 3 bulan.

Kedua-dua data tersebut secara tidak langsung meningkatkan harapan untuk pelabur melihat bacaan yang lebih baik dalam laporan NFP yang akan dikeluarkan pada sesi New York.

Namun, jangkaan awal pasaran melihat pertambahan dalam pekerjaan NFP sedikit melemah dengan catatan 200,000 iaitu menurun dari sebelumnya sebanyak 263,000.

Walaupun merosot, tetapi logam berharga itu masih mengekalkan keuntungan mingguan sekitar 0.9% (pada waktu penulisan) untuk mengakhiri dagangan minggu ini dengan positif.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat