Emas Curi Peluang Untuk Meningkat

850

Emas memanfaatkan peluang untuk meningkat susulan daripada kelemahan US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang bergerak mendatar ketika pelabur menantikan mesyuarat polisi FOMC dan laporan pekerjaan NFP AS pada minggu ini.

Memasuki sesi Eropah, spot emas diniagakan meningkat pada $1,795 per auns, bangkit dari kejatuhan yang dicatatkan pada akhir dagangan minggu lalu. Sementara niaga hadapan emas pula menokok pada $1,797 per auns.

Pegangan terhadap US dolar berkurang sedikit, menandakan kewaspadaan pelabur menjelang keputusan mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis dan laporan NFP AS pada Jumaat.

Sebelum kedua-dua acara penting itu, pelabur akan diperlihatkan terlebih dahulu dengan laporan pekerjaan ADP sektor swasta dan data perkhidmatan AS yang akan dijadikan petunjuk untuk bacaan NFP akan datang.

Hasil bon AS 10 tahun pula kekal bertahan di atas tahap 1.5%, tetapi menurun daripada paras tertinggi bulanan sekitar 1.7% yang dicapainya pada akhir bulan lepas.

Selain itu, harga emas turut mendapat sokongan daripada permintaan yang meningkat susulan musim perayaan Deepavali, terutamanya di India yang juga salah satu pembeli terbesar emas di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat